Kehidupan awal dan pendidikan Haider al-Abadi

Ayah Haider al-Abadi ialah pengamal perubatan di Hospital Neurologi Baghdad dan Ketua Inspektor Kementerian Kesihatan Iraq tetapi terpaksa bersara pada tahun 1979 kerana ketidaksepakatan dengan ketua pemerintah ketika itu dan meninggal dunia di luar negara.[3] Al-Abadi, juga mahir bertutur di dalam bahasa Inggeris, beliau menamatkan pengajian sekolah menengah pada tahun 1970 di Sekolah Menengah Markaziyah Al-Azhar, Baghdad (Bahasa Arab: الإعدادية المركزية‎).sehingga tahum 1975, kemudian beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Iraq dan Universiti Baghdad.[4]Pada tahun 1980, beliau berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Victoria, Manchester, England.[5]